BANDAR BARU SETIAWAN (PUTRAJAYA KEDUA)
Sama seperti Putrajaya, Bandar Baru Sitiawan bandar terancang yang dijangka bakal menemui pesaingnya sama hebat seperti Putrajaya kecuali ianya tidak akan dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Negeri dan cuma hanya penempatan dan juga untuk lot perniagaan yang mana dapat menambah baikkan sektor ekonomi daerah dan juga penduduk setempat secara tidak langsung menyumbang pada ekonomi negeri Perak.
Sama seperti Putrajaya, Bandar Baru Sitiawan bandar terancang yang dijangka bakal menemui pesaingnya sama hebat seperti Putrajaya kecuali ianya tidak akan dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Negeri dan cuma hanya penempatan dan juga untuk lot perniagaan yang mana dapat menambah baikkan sektor ekonomi daerah dan juga penduduk setempat secara tidak langsung menyumbang pada ekonomi negeri Perak.
Dengan keluasan 1,012 ekar secara keseluruhannya kawasan
pembangunan, 60 ekar daripadanya adalah keluasan untuk kawasan lapang dan 17
ekar darinya pula adalah Taman Rekriasi Central Park. Apa yang dirancang adalah
akan membina gelanggang badminton, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang
dan juga lapang sasar golf. Tidak lupa juga untuk sektor pertanian yang mana
Agro Eco Park juga akan dibina dengan keluasan 20 ekar sepertimana yang telah
dirancangkan.
Selain penempatan orang awam dan
Taman Rekriasi Central Park seperti yang telah dinyatakan, terdapat juga
pusat-pusat perniagaan yang bakal dibangunkan. Antara kemudahan lain yang bakal
dibina adalah club house, kolam renang, tasik tropika, trek joging sejauh 5
kilometer dan banyak lagi untuk kami senaraikan.
Sitiawan adalah lokasi strategik untuk mereka yang ingin berada
jauh dari lokasi kawasan bandar padat yang lain. Kawasan pembinaan Bandar Baru
Sitiawan telah dirancang dengan sebaik-baiknya dan
berhampiran dengan Lebuhraya Baru Pantai Barat yang mana ia akan memudahkan
penduduk untuk ke Selatan dan juga ke Utara dengan cepat kerana kedudukannya di
tengah-tengah kawasan.
Bandar Baru Sitiawan adalah hasil perancangan
penuh daripada Setiawan Holding dan mendapat kerjasama penuh daripada
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Kerjasama ini adalah amat penting
untuk menjayakan dan merialisasikan projek Bandar Baru Sitiawan yang bakal
memberikan banyak manfaat kepada ramai pihak. Sudah semestinya Sitiawan dan
daerah Manjung bakal menjadi lubuk ekonomi yang besar selepas kewujudan Bandar
Baru Sitiawan yang berkonsepkan Putrajaya ini.
Pembinaan Bandar Baru Sitiawan dibangunkan secara berperingkat
dan mempunyai 8 fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:
·
Fasa 1 – Pembangunan rumah
teres mampu milik
·
Fasa 2 – 3,000 unit
pembangunan rumah teres mampu milik, pembangunan rumah cluster dan pembinaan
taman rekreasi
·
Fasa 3 – Pembinaan rumah
bandar semi D dan lot kedai
·
Fasa 4 – Sambungan
pembinaan dari fasa 3 untuk semi D
·
Fasa 5 – Berbalik pada
pembinaan rumah teres kos sederhana
·
Fasa 6 – Pembangunan pusat
dagangan dan bandar kormersial
·
Fasa 7 – Pembangunan pusat
dagangan dan bandar kormersial
·
Fasa 8 – Pembangunan unit
banglo
Perancangan untuk siap semua kelapan-lapan fasa ini dianggarkan
akan mengambil masa kira-kira lapan hingga sepuluh tahun untuk siap kesemuanya.
Namun, perancangan pada pelan awal ini adalah tertakluk pada perubahan semasa
pihak yang terlibat.
Untuk makluman penjawat awam yang masih belum memiliki
rumah pertama, anda bertuah kerana atas inisiatif yang diluluskan oleh kerajaan
negeri Perak, skim belian rumah pertama dengan tanpa bayaran wang pendahuluan
telah dilancarkan.
Hubungi segera: 014 963 8150 Call (Aris Ali)
KREDIT UNTUK: Encik Akmal Hashim.






